Diana : Sayang , besok hari jadi ayang , Ayang nak hadiah apa ?
Kekasihnya hanya diam dan tunduk malu sahaja tanpa hanya menyatakan apa2 . Mereka berdua terus berjalan-jalan di taman bunga itu. Di dalam hati Diana mungkin kekasihnya tidak ingin memberitahu apa yang diinginkan mungkin cukup sekadar kasih sayang yang diberikan olehnya selama ini.
Kedai 'HEART' menjadi tempat kepada pasangan yang hangat bercinta untuk membeli hadiah..Diana terpaku melihat sebuah 'Radio Purple' yang cantik kelihatan berada di rak kedai tersebut.. Harganya tidak menjadi masalah buatnya kerana Diana telah bekerja . Diana membeli hadiah tersebut untuk kekasihnya dan mereka telah berjanji untuk makan malam, pada malam ini....Diana menelefon kekasihnya itu, tetapi tiada sebarang jawapan diterima olehnya...Diana faham mungkin kekasihnya itu sedan sibuk bekerja....Jam menunjukkan pukul 6 petang ..dia pulang ke rumah bersaip-siap untuk pertemuannya pada malam ini dengan kekasihnya...
Kafe Rose menjadi tempat perjumpaan mereka, Diana tiba lebih awal, kerana dia hendak membuat kejutan kepada kekasihnya......Diana memesan hidangan untuk mereka berdua..... Diana mengeluarkan gambar kekasihnya itu di atas Meja tersebut ... Diana mengeluarkan 'Radio Purple' itu...
Pelayan: Ini makanannya puan , ada sebarang tembahan lagi puan ?
Diana : Kejap ya , abang Man ada apa2 lagi tak ?
Pelayan tersebut pelik melihat kelakuan Diana yang bercakap dengan gambar itu dan Diana hanya membalas dengan gelengan kepala sahaja..Pelayan tersebut berjumpa dengan Managernya, sama ada betul Diana menempah meja di kafe ini untuk 2 orang .....
Pengurus : sebenarnya Diana, masih tidak dapat menerima pemergian kekasihnya itu. Setiap tahun , dia akan menyambut hari lahir kekasihnya di sini .
Begitulah kisah Diana yang sangat menyintai kekasihnya dan kesetiaannya tidak pernah padam, tetapi sebagai manusia kita seharusnya menydari bahawa kehidupan semestinya diteruskan walaupun kita kehilangan seseorang . Kita yang terus hidup ini berdoa agar mereka baagia dan ditempatkan dikalangan orang beriman disana...
P/s : Saya sayang awak sorang jew (radziah togiman)...: -D
awak..jangan tinggalkan saya tau..jangan sampai saya jadi macam ni..saya nak tiap2 tahun awak ade dengan saya..:D
ReplyDelete